Julai lepas, Square-Enix mengumukan mod multi-pemain bagi permainan Final Fantasy XV iaitu Comrades dimana ia asalanya dirancang untuk dilancarkan pada 31 Oktober ini.
Menurut Square-Enix, mereka masih lagi memerlukan masa untuk membuat tetapan terakhir bagi permainan tersebut sebelum ia dilancarkan. Square-Enix juga menyatakan mereka bakal melancarkan mod tersebut pada awal November ini.
Due to final adjustments & to create the best possible experience, the online expansion #FFXVComrades will now be released in early November pic.twitter.com/0DV08nRpv8
— FINAL FANTASY XV (@FFXVEN) October 20, 2017
Pemain boleh mendapatkan Final Fantasy XV Comrades ini dengan membeli pas musim permainan Final Fantasy XV di Playstation 4 dan Xbox One. Ia juga boleh dibeli secara berasingan apabila ia dilancarkan kelak. Pemain juga perlu melanggani Playstation Plus dan Xbox Live Gold untuk mengakses mod permainan multi-pemain ini.