Pihak pembangun Vainglory telah membuka pendaftaran minat untuk Vainglory 5v5 sebelum ini. Hari ini, mereka turut mengambil peluang untuk mempertontonkan peta permainan baru untuk Vainglory yang akan menyokong permainan 5 lawan 5.
Seperti ramai sedia maklum, peta permainan Vainglory sedia ada hanya menyokong permainan 3 lawan 3 sahaja, dan untuk 5 lawan 5, mereka membuat beberapa perubahan supaya dapat menyokong lebih ramai pemain pada sesuatu masa dan memberikan pengalaman permainan yang baik.
Pembangun Vainglory akan mempertontonkan sepenuhnya sokongan permainan 5v5 ini pada 17 Disember kelak.