Blizzard sebelum ini sedia menawarkan permainan StarCraft asal secara percuma kepada semua. Kini, dalam langkah seterusnya, Blizzard kini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan StarCraft 2 : Wings of Liberty secara percuma kepada semua bermula 14 November kelak.

Melaluinya, para pemain boleh mengakses kempen permainan perseorangan pada Wings of Liberty secara percuma, selain pada masa yang sama mengakses permainan Ranked Multiplayer unguk bersaing dengan pemain lain seluruh dunia.

Selain daripada itu, pemain turut boleh menaik-taraf untuk memainkan pelbagai kempen lain dan sebagainya secara berbayar.

Bagi pemain yang sedia mempunyai permainan Wings of Liberty pula, anda akan menerima Heart of the Swarm secara percuma – dan perlu menebusnya antara 8 November ke 8 Disember ini.

Langkah ini mungkin diambil oleh Blizzard dalam menarik lebih ramai pemain seluruh dunia ke arena StarCraft – selain memperkembangkan dunia e-sukan disebaliknya.

Sohor Kini