Informasi Permainan Video Terkini
Oppo Menawarkan Watak “Joker” Pada Arena of Valor Untuk Pembeli Oppo F5

Oppo Menawarkan Watak “Joker” Pada Arena of Valor Untuk Pembeli Oppo F5

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Arena permua semakin popular akhir-akhir ini dikalangan pengguna seluruh dunia dengan populariti permainan atas-talian dan MOBA. Perkara ini turut membuatkan pengeluar peranti untuk mengumumkan kerjasama dengan pengeluar permua untuk pelancaran telefon pintar mereka.

Oppo F5 AoV

Jikalau Honor sedia mengumumkan kerjasama dengan Mobile Legends sebelum ini, kini Oppo pula mengambil peluang untuk mengumumkan kerjasama bersama permainan Arena of Valor.

Diumumkan ketika pelancaran Oppo F5 hari ini, para pembeli Oppo F5 akan turut berpeluang untuk menebus watak The Joker melalui Arena of Valor.

Joker merupakan watak daripada siri DC pada AoV, dan ia menawarkan watak berbentuk penembak.

Bagi anda yang meminati permainan AoV, mungkin boleh mempertimbangkan telefon pintar ini, dan turut mendapatkan watak The Joker ini secara percuma bersempena pembelian anda.