Informasi Permainan Video Terkini
Frank West Boleh Berpakaian Seperti Jill Valentine Di Dalam Mod Capcom Heroes Di Permainan Dead Rising 4
PC

Frank West Boleh Berpakaian Seperti Jill Valentine Di Dalam Mod Capcom Heroes Di Permainan Dead Rising 4

Diterbitkan pada November 2, 2017 oleh .

Beberapa minggu lalu, Capcom berkongsi berkenaan mod permainan Capcom Heroes bagi permainan Dead Rising 4 dengan pelbagai watak dari siri permainan Street Fighter, kini, Capcom berkongsi sebilangan watak-watak tambahan yang juga bakal tiba di mod Capcom Heroes bagi permainan tersebut.

Antara watak tambahan yang diumumkan adalah Jill Valentine daripada siri permainan Resident Evil 3 Nemesis, Morrigan dari Darkstalkers, Arthur Ghost n’ Goblins, Viewtiful Joe dari permainan Viewtiful Joe, Bass dari siri Megaman dan Amaterasu dari permainan Okami.

Capcom menyatakan ini merupakan pengumumkan terakhir sebelum ia dilancarkan kelak pada 5 Disember. Sekaligus mod tersebut mempunyai 17 watak berlainan yang boleh dimainkan oleh pemain dengan pelbagai bentuk permainan yang berbeza.

Kemaskini Capcom Heroes bakal dilancarkan secara percuma pada 5 Disember di Xbox One dan PC. Manakala di Playstation 4, kemaskini ini akan datang secara bersama permainan Dead Rising 4: Frank’s Big Package apabila ia dilancarkan pada tarikh yang sama.