Beberapa minggu lalu, Capcom berkongsi berkenaan kemaskini Capcom Heroes yang bakal tiba di Permainan Dead Rising 4 pada Disember ini, kini Capcom berkongsi lanjut berkenaan kemaskini tersebut dengan pelbagai watak-watak tambahan dari siri permainan Street Fighter yang bakal tiba secara bersama dengan kemaskini tersebut.
Capcom mengumumkan watak-watak street fighter iaitu Mecha Zangief, M. Bison, Cammy, Ryu dan Akuma. Watak-watak tersebut bakal disertakan dengan pelbagai bentuk serangan ikonik daripada siri permainan tersebut.
Kemaskini Capcom Heroes bakal dilancarkan secara percuma pada 5 Disember di Xbox One dan PC. Manakala di Playstation 4, kemaskini ini akan datang secara bersama permainan tersebut apabila ia dilancarkan pada tarikh yang sama.