Awal minggu ini, Nintendo melaporkan bahawa konsol Nintendo Switch telah terjual sebanyak 7.6 juta unit seluruh dunia, namun Nintendo tidak berhenti melaporkan kejayaan mereka setakat itu sahaja.

Permainan terbaru oleh Nintendo, iaitu Super Mario Odyssey yang baru sahaja dilancarkan di Nintendo Switch 27 Oktober lepas, kini dilaporkan telah terjual sebanyak 2 juta salinan dalam tempoh masa 3 hari sahaja. Laporan ini diambil di taklimat kewangan Nintendo pada 31 Oktober lepas.

Dengan pelbagai pujian dan anugerah bagi permainan Super Mario Odyssey, ia sememangnya menjadi satu kejayaan besar bagi Nintendo setelah pelancaran konsol terbaru mereka tahun ini. Tambahan dengan permainan Legend Of Zelda: Breath of The Wild yang dilancarkan bersama-sama Nintendo Switch Mac lepas, Nintendo meramalkan bahawa mereka bakal menjual konsol Nintendo Switch sehingga 14 juta unit menjelang Mac 2018

Bagi anda yang mempunyai Nintendo Switch, adakah anda salah seorang daripada 2 juta pemain yang membeli Super Mario Odyssey? Apakah pendapat anda berkenaan permainan tersebut? Jangan lupa untuk tinggalkan komen diruangan di bawah.

Sohor Kini