Skip to main content

Pokemon Go PlusPada tahun lepas, kita telah melihat Pokemon Go Plus – iaitu sebuah aksesori khusus untuk para peminat Pokemon Go dalam memudahkan pemain menangkap Pokemon serta pelbagai barangan dengan lebih mudah berbanding menggunakan telefon pintar. Kini, di Jepun, selain hanya Pokemon Go Plus, penerbit permainan berkenaan juga telah menawarkan sebuah cincin yang dinamakan sebagai Pokemon Go Plus Ring Accessory.

Ia berfungsi lebih kurang sama seperti Pokemon Go Plus, iaitu sebagai sebuah tracker yang memberikan anda notifikasi sekiranya terdapat sebarang Pokemon berdekatan anda, termasuk untuk memudahkan anda mengumpul Item dalam permainan.

Secara kasar, bagi pemain aktif Pokemon Go, anda dapat menjimatkan penggunaan bateri pada telefon pintar dengan menggunakan aksesori ini.

Buat masa ini, aksesori ini hanya ditawarkan untuk pengguna Jepun sahaja, dan masih tidak mempunyai sebarang perancangan untuk pasaran global.

Leave a Reply