Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Switch Telah Terjual Lebih 4.7 Juta Unit Seluruh Dunia

Nintendo Switch Telah Terjual Lebih 4.7 Juta Unit Seluruh Dunia

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Hari in, Nintedo mengumumkan di laman rasmi mereka bahawa Nintendo Switch telah terjual sebanyak 4.7 juta unit setakat 30 Jun lepas. Bagi jumlah permainan pula, 13.6 juta permainan telah dijual di konsol Nintendo Switch setakat ini.

Nintendo Switch menawarkan konsol mudah-alih yang hadir dengan skrin sentuh tersendiri, selain boleh dihubungkan ke televisyen dan dimainkan sebagai sebuah konsol biasa. Di Malaysia, Nintendo Switch telah ditawarkan sejak bulan Februari lepas,dimana ia ditawarkan pada harga sekitar RM2299 bersama-sama dua permainan percuma.

Bagi konsol 3DS pula, jumlah jualan konsol tersebut adalah 67.08 juta unit. Manakala Wii U adalah 13.56 juta unit.

Adakah anda salah satu pemilik konsol Nintendo Switch ini dari 4.7 juta berkenaan?