Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Minecraft Untuk New 3DS bakal Ditawarkan Dalam Bentuk Fizikal

Permainan Minecraft Untuk New 3DS bakal Ditawarkan Dalam Bentuk Fizikal

Diterbitkan pada Okt 27, 2017 oleh .

September yang lepas, Nintendo mengumumkan bahawa Minecraft tiba di New Nintendo 3DS secara digital. kini, bagi mereka yang ingin memilik permainan tersebut secara fizikal, Nintendo mengumumkan bahawa permainan Minecraft bakal tiba dalam bentuk fizikal pada 10 November ini di konsol New Nintendo 3DS.

Minecraft edisi new Nintendo 3DS asalnya dilancar September yang lepas dan merupakan satu kejutan oleh Nintendo kerana keupayaan konsol tersebut untuk bermain permainan tersebut. Walaubagaimana pun, Minecraft di New 3DS tidak menyokong bentuk permainan cross-platform bersama konsol-konsol lain.

Bagi anda yang masih belum memiliki Minecraft di New 3DS, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini edisi fizikal pada 10 November ini.