Setelah beberapa kali diperacahkan berkenaan permainan Harvest Moon terbaru oleh Natsume, kini Natsume berkongsi lebih lanjut berkenaan permainan Harvest Moon: Light Of Hope dimana ia bakal tiba pada penghujung tahun ini buat Playstation 4, Nintendo Switch dan PC.
Melalui laman rasmi Facebook Natsume, mereka bakal melancarkan permainan tersebut secara fizikal di Playstation 4 dan Nintendo Switch. Manakala versi PC ia akan dilancarkan secara digital sahaja melalui Steam.
Natsume juga menyatakan permainan Harvest Moon: Light Of Hope bakal tiba pada penghujung tahun ini dengan proses pembangunan yang berlangsung dengan memberangsangkan. Natsume juga permainan tersebut bakal disertakan dengan pelbagai acara baru, ternakan dan pelbagai kemaskini yang akan diumumkan kemudian.
Apakah pendapat anda berkenaan permainan Harvest Moon yang bakal kembali ini? Adakah anda berminat untuk memilikinya? Jangan lupa untuk tinggalkan komen di ruangan komen dibawah.