Informasi Permainan Video Terkini
Jom Tonton : Trailer Watak Nappa Bagi Permainan Dragonball FighterZ
PC

Jom Tonton : Trailer Watak Nappa Bagi Permainan Dragonball FighterZ

Diterbitkan pada Okt 25, 2017 oleh .

Pada awal minggu ini, Bandai Namco berkongsi berkenaan tarikh pelancaran bagi permainan Dragonball FighterZ, hari ini Bandai Namco berkongsi video trailer terbaru bagi watak Nappa.

Nappa adalah Saiyan yang merupakan teman asal Vegeta ketika mereka pertama kalinya tiba di bumi di dalam siri anime Dragonball. Di dalam permainan ini, beliau merupakan watak yang memfokuskan serangan berat. Nappa juga berupaya untuk memanggil Saibamen untuk menyerang bagi pihak beliau.

Dragonball FighterZ akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Januari ini. Anda sudah boleh membuat pra-tempahan bagi permainan ini di mana-mana pengadar rasmi permainan ini di Malaysia.