Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Ball FighterZ Bakal Ditawarkan Bermula 26 Januari 2018
PC

Dragon Ball FighterZ Bakal Ditawarkan Bermula 26 Januari 2018

Diterbitkan pada Okt 23, 2017 oleh .

Bandai Namco hari ini telah mengumumkan yang mana permainan aksi Dragon Ball FighterZ akan ditawarkan kepada pengguna Asia bermula 26 Januari 2018 kelak.

Permainan Dragon Ball ini akan menawarkan kaedaj permainan Story Mode yang menawarkan jalan penceritaan yang serba baru, selain kebolehan bersaing dengan pemain baru melalui Circle Match Mode atau World Match Mode.

Dragon Ball FighterZ

Dragon Ball FighterZ

Bandai Namco mengatakan Dragon Ball FighterZ bakal ditawarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan juga PC melalui Steam. Beberapa edisi berbeza juga dijangka ditawarkan melaluinya.

Buat masa ini, harga jualan untuk Asia belum diumumkan lagi. Bandai Namco akan menawarkan akses beta terbuka untuk permainan ini pada bulan Januari 2018 kelak.

Dragon Ball FighterZ