Baru sahaja Microsoft telah memperkenalkan Xbox One X yang dijangka dipasarkan bermula penghujung tahun ini. Melaluinya, ia menyertakan pelbagai spesifikasi terkini dan sokongan terbaik untuk permainan video.

Namun, Microsoft nampaknya tidak mengambil rehat, dan proses pembangunan untuk konsol seterusnya telah pun dimulakan mereka.

Menurut laporan yang hadir, Microsoft dikatakan telah memulakan rekaan untuk konsol akan datang mereka – termasuk telah mempunyai nama kod khusus untuk pembangunan berkenaan.

Walaubagaimanapun, ia masih pada proses awal, dan mungkin mengambil masa bertahun-tahun lagi sebelum diperkenalkan.

Sohor Kini