Gun Royale – Permainan Seumpama PUBG Pada iPhone

Guns RoyaleSejak populariti PUBG melanda arena permainan video, sejumlah permainan yang diinspirasikan daripadanya telah dibangunkan. Terkini, salah satu permainan dengan konsep yang lebih kurang sama, tetapi ditujukan untuk peranti mudah-alih adalah Guns Roayle : Blocky Battlegrounds.

Ia dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, dan ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja buat masa ini.

Permua ini menawarkan rekaan berbentuk blok, dan menawarkan pandangan daripada atas untuk permainan berkenaan. Pemain akan dijatuhkan di sebuah kawasan besar, dan anda perlu mengumpulkan senjata dan sebagainya, serta menembak dan membunuh pihak lawan.

Bagi anda yang mempunyai iPhone, anda boleh memuat-turun permua ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun Guns Royale untuk iPhone

Sohor Kini