Informasi Permainan Video Terkini
The Sims 4 Menawarkan Pek Khas Sempena Perayaan Deepavali
PC

The Sims 4 Menawarkan Pek Khas Sempena Perayaan Deepavali

Diterbitkan pada Okt 20, 2017 oleh .

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada pembaca Aksiz yang menyambutnya. Perayaan cahaya ini disambut oleh penganut Hindu dan Sikh dari benua Asia Selatan. Bagi menyambut perayaan ini, SIMS 4 kini menawarkan pek khas bertemakan Deepavali.

Ia ditawarkan di dalam Holiday Celebration Pack. Antara yang diberikan ialah baju dewasa perempuan dan lelaki India. lampu pelita Diya dan permaidani dengan rekaan Rangoli. Dengan ada pek ini pemain SIMS 4 yang menyambut Deepavali turut meraikannya bersama SIMS di dalam dunia permainan komputer.