Sid Meier’s Civilization III merupakan salah satu permainan berbentuk strategi yang diminati ramai pengguna seluruh dunia. Kini, untuk masa terhad, anda yang berminat boleh mendapatkan permainan ini secara percuma daripada Humble Store.
Sid Meier’s Civilization III : Complete Edition sebelum ini telah diterbitkan pada 2004 yang lepas. Ia meliputi sejumlah tamadun yang anda boleh mainkan, dan secara tidak langsung mendapatkan idea ringkas berkenaan sejarah dan meningkatkan pemikiran strategi anda.
Humble Store menawarkan ia secara terhad sehingga esok, dan sebaik sahaja anda menebusnya, anda akan diberikan sebuah kekunci untuk memuat-turun permainan berkenaan melalui Steam.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapakannya hari ini secara percuma.
[info]Dapatkan : Sid Meier’s Civilization III Complete Edition[/info]