Puzzle Fighter 2 Turbo sebelum ini telah ditawarkan oleh Capcom pada SNES. Kini, selepas beberapa tahun, permainan berkenaan telah diumumkan oleh pihak Capcom untuk peranti mudah-alih, dibawah nama Puzzle Fighter.
Kini, selang sebulan sejak diumumkan, permua Puzzle Fighter telah sedia dimuat-turun oleh pengguna tempatan yang menggunakan iPhone atau telefon Android.
Puzzle Fighter menghimpunkan sejumlah watak-watak daripada permainan milik Capcom, termasuk Street Fighter dan sebagainya. Melalui permainan berbentuk tekaria ini, pengguna akan melakukan serangan terhadap watak lawan berdasarkan kepada penyelesaian tekaria oleh mereka.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iPhone, boleh memuat-turun permua Puzzle Fighter ini secara percuma hari ini, dan memainkannya.
[download]Muat-Turun Puzzle Fighter untuk iOS[/download] [download]Muat-Turun Puzzle Fighter untuk Android[/download]