Empayar Majapahit Kini Boleh Dimainkan Di Dalam Civilisation VI

Permainan Civilisation adalah unik kerana ia bukan sahaja menarik untuk dimain tetapi turut mengajar anda mengenai sejarah dunia. Pelbagai empayar terkemuka dunia boleh dikawal pemain dengan unit-unit unik khusus. Civilisation VI telah menambah sebuah lagi empayar dan kali ini tiba giliran Majapahit.

Pemain boleh mengawal kerajaan Majapahit di bawah pemerintahan Dyah Gitarja (Tribhuwana Wijayatunggadewi) yang merupakan pemerintah ketiga empayar ini. Bagi yang tidak mengenali beliau, permaisuri ini adalah anak kepada Raden Wijaya dan ibu kepada Hayam Wuruk yang kedua-duanya dipelajari di dalam buku teks sejarah.

Unit unik empayar Majapahit ialah Jong yang bergerak pantas di dalam permainan dan Kampung yang memberikan sumber tambahan kepada unit berdekatan. Kebolehan unik Majapahit pula ialah Great Nusantara yang memberikan bonus kepada penempatan pinggir laut. Ini bukan pertama kali Majapahit muncul di dalam Civilisation. Di dalam Civilisation V ia ditawarkan dengan Gajah Mada sebagai ketua empayar. Selain Majapahit, empayar Khmer turut ditawarkan di dalam permainan ini.

Sohor Kini