Bulan lepas, Capcom mengumumkan permainan Resident Evil Revelation dan Resident Evil Revelation 2 bakal tiba di Nintendo Switch. Lanjutan daripadanya, kini Capcom akhirnya mengumukan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 28 November ini.
Edisi fizikal bagi permainan Resident Evil Revelation ini bakal disertakan bersama kedua-dua siri Revelation tersebut. Tetapi bagi permainan Resident Evil Revelation 2, ia akan disertakan bersama kod untuk pemain memuat-turun permainan tersebut. Hanya Resident Evil Revelation yang pertama sahaja yang disertakan bersama katrij permainan.
Walaubagaimana pun, pemain juga berupaya untuk membeli kedua-dua permainan tersebut secara beransingan di Nintendo eShop dengan harga $20(~RM85) setiap permainan.
Bagi peminat siri permainan Resident Evil, adakah anda akan mendapatkan permainan ini di Nintendo Switch? Jangan lupa untuk tinggalkan komen anda dibawah.