Informasi Permainan Video Terkini
Star Ocean: The Last Hope 4K & Full HD Remaster Bakal Tiba 28 November Ini
PC

Star Ocean: The Last Hope 4K & Full HD Remaster Bakal Tiba 28 November Ini

Diterbitkan pada Okt 19, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumumam permainan pernambah-baikkan Star Ocean: The Last Hope minggu lepas, kini Square-Enix akhirnya mengumumkan pelancaran permainan tersebut bagi pasaran global iaitu pada 28 November ini bersama-sama dengan tarikh pelancaran bagi pasaran Jepun.

Square-Enix juga mengumumkan bagi mereka yang membeli permainan ini sebelum 12 Disember, mereka akan mendapat diskaun sebanyak 10% daripada harga asal permainan tersebut iaitu $20.99(~RM89). Tambahan juga, bagi pelanggan yang membeli permainan tersebut di Steam, Square-Enix akan sertakan bersama kandungan muzik latar yang pelanggan boleh muat-turun. Manakal bagi versi Playstation 4, pelanggan akan disertakan bersama tema esklusif Playstation 4 bersama 12 PSN Avatar rekaan permainan Star Ocean: The Last Hope.

Star Ocean: The Last Hope 4K & Full HD Remaster bakal mempunyai sokongan resolusi 4k dan pernambah-baikkan secara HD. Antara pernambah-baikkan yang diumumkan oleh Square-Enix adalah keupayaan untuk menetapkan kualiti imej seperti tetapan bayangan dan blur, sokongan trofi dan fungsi Share di Playstation 4. Manakala di PC pula, permainan ini akan mempunyai sokongan papan kekunci dan tetikus malah pemain berupaya untuk mengambil gambar tanpa paparan antara-muka permainan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh melayari laman Steam permainan ini dibawah.

Steam : Star Ocean: The Last Hope 4K & Full HD Remaster