Square-Enix hari ini mengumumkan permainan Star Ocean: The Last Hope 4K & Full HD Remaster, ia merupakan permainan pernambah-baikkan dari permainan asalnya yang dilancarkan pada 2009 di Xbox 360 dan Playstation 3. Permainan tersebut bakal dilancarkan pada 28 November ini di pasaran Jepun untuk konsol Playstation 4 dan PC.

Seperti yang tertera di nama permainan tersebut, permainan ini bakal mempunyai sokongan resolusi 4k dan pernambah-baikkan secara HD. Antara pernambah-baikkan yang diumumkan oleh Square-Enix adalah keupayaan untuk menetapkan kualiti imej seperti tetapan bayangan dan blur, sokongan trofi dan fungsi Share di Playstation 4. Manakala di PC pula, permainan ini akan mempunyai sokongan papan kekunci dan tetikus malah pemain berupaya untuk mengambil gambar tanpa paparan antara-muka permainan.

Buat masa ini, Square-Enix masih tidak lagi mengumumkan lagi informasi buat pasaran global. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita ini apabila Square-Enix mengumumkannya kelak.

Sohor Kini