Skip to main content

September yang lepas, Capcom mengumumkan Resident Evil 7 Gold Edition dimana ia bakal disertakan segala DLC pernambahan bagi permainan Resident Evil 7, kini Capcom berkongsi lanjut berkenaan permainan tersebut bersama informasi lanjut berkenaan DLC Pernambahan Not A Hero dimana ia memfokuskan watak Chris Redfield.

DLC pernambahan Not A Hero akan ditempatkan pemain selepas kejadian Ethan Winters ketika di Resident Evil 7, dengan menggunakan watak Chris Redfield, pemain akan memburu Lucas Baker, salah satu musuh yang pemain hadapi ketika di permainan asal Resident Evil 7 untuk memberhentikan tragedi Baker. DLC Pernambahan Not A Hero ini akan tiba secara percuma buat semua pemain yang memiliki permainan Resident Evil 7.

Capcom juga bakal melancarkan DLC pernambahan terakhir bagi permainan tersebut iaitu End of Zoe. Pernambahan End of Zoe akan disertakan bersama jika pemain membeli pas musim bagi permainan Resident Evil 7 dan juga secara berasingan.

Kedua-dua DLC pernambahan tersebut bakal tiba pada 12 Disember ini serta dengan sokongan realiti-maya Playstation VR. Tambahan juga, bagi anda yang masih belum memiliki Resident Evil 7, anda boleh dapatkan Resident Evil 7 Gold Edition dimana ia akan disertakan bersama kesemua DLC pernambahan termasuk Banned Footage Vol.1 dan Vol. 2 malah kedua-dua DLC pernambahan Not A Hero dan End Of Zoe pada 12 Disember ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply