Skip to main content

Pada Ogos yang lepas, Microsoft mengumumkan permainan pernambah-baikkan Age Of Empires: Definitive Edition yang dirancangkan untuk dilancarkan pada 19 Oktober ini. Walaubagaimana pun, tampaknya peminat permainan Age Of Empires perlu menunggu dengan lebih lama kerana Microsoft mengumumkan permainan tersebut ditangguhkan sehingga 2018 kelak.

Melalui blog rasmi Age Of Empires, pembangun permainan tersebut menyatakan bahawa mereka masih lagi perlu masa untuk membaiki dan memodenkan bentuk permainan tersebut sebelum ia dilancarkan. Untuk mencapai matlamat tersebut, mereka akan menjemput lagi ramai pemain untuk mencuba beta tertutup permainan tersebut dan membenarkan pemain-pemain mencuba kempen solo dan juga mod multi-pemain.

Buat masa sekarang, permainan Age Of Empires: Definitive Editon masih lagi tiada tarikh pelancarannya. Namun, pembangun permainan tersebut menyatakan mereka bakal melancarkan permainan tersebut pada awal tahun 2018.

Leave a Reply