Skip to main content

Hari ini di akaun rasmi Twitter Overwatch, Blizzard mengumumkan bahawa permainan jumlah pemain Overwatch di konsol dan PC sudah melebihi 35 juta pemain. Overwatch adalah permainan multi-pemain penembak pandang pertama yang dilancarkan pada Mei 2016 lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Walaubagaimana pun, Blizzard tidak berkongsi jumlah pemain yang bermain serentak mahupun nilai pemain mengikut konsol. Namun, ini merupakan satu kejayaan Blizzard yang sangat membanggakan.

Bersempena dengan bulan Oktober ini juga, Blizzard mengadakan acara Halloween khas buat pemain dengan pelbagai kostum bertemakan Halloween yang pemain boleh dapatkan khas ketika acara ini sahaja.

Leave a Reply