Lanjutan daripada kostum-kostum Halloween watak Overwatch yang tertiris, Blizzard akhirnya mengumunkan acara Halloween bermula hari ini sehingga 2 November ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Acara ini bakal mengembalikan mod permainan Junkenstein’s Revenge, mod koperatif empat multi-pemain menentang musuh secara berperingkat bersama mod baru iaitu Endless mode. Disamping itu, Blizzard juga memperkenal pelbagai kostum baru buat watak-watak di dalam Overwatch.

Terdapat juga pelbagai Emote bertema Halloween yang disertakan bersama kemaskini acara Halloween ini.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba acara ini, ia boleh dimuat-turun secara percuma dengan kemaskini terbaru buat permainan tersebut di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini