BlazBlue Cross Tag Battle, permainan perlawan dari Arc System Works kini telah pun diumumkan pada EVO 2017. Ia merupakan permainan perlawanan yang memcampurkan beberapa francais, seperti BlazBlue, Under Night In-Birth, Persona 4 Arena dan RWBY.

Trailer yang dipertontonkan menunjukkan beberapa sistem perlawanan dari segi 2-vs-2 pemain dan juga watak yang dapat dimainkan adalah Ragna dari BlazBlue, Yuu dari Persona 4, Hyde dari Under Night In-Birth dan Ruby Rose dari RWBY. Arc System Works masih lagi belum mengumumkan platform sokongan untuk permainan ini.

BlazBlue Cross Tag Battle adalah permainan kedua yang dibangunkan tahun ini oleh Arc System Works selain Dragonball FighterZ.

Sohor Kini