Informasi Permainan Video Terkini
Vainglory Menambah Watak Adiwira Baru – Churnwalker

Vainglory Menambah Watak Adiwira Baru – Churnwalker

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Vainglory pada minggu ini telah menawarkan kemaskini Vainglory 2.9, dimana melaluinya ia menawarkan sejumlah pembaharuan baru pada permainan berbentuk MOBA berkenaan.

Salah satu perkara utama yang menjadi fokus pada kemaskini baru ini juga adalah sebuah adiwira baru, dinamakan sebagai Churnwalker.

Churnwalker

Churnwalker menawarkan watak dengan fokus sebagai kapten – dimana watak ini menawarkan serangan, serta sokongan ketahanan yang baik.

Bagi anda yang memainkan Vainglory, anda boleh dapatkannya menggunakan ICE untuk tempoh tujuh hari ini, dan mendapatkannya menggunakan Glory bermula minggu hadapan.