PlayerUnknown’s Battleground hari ini akhirnya mencapai angka pemain 2 juta orang secara serentak, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu rekod tertinggi pada Steam. Apatah lagi memandangkan permainan ini masih ditawarkan dalam peringkat Early Access buat masa ini.

PlayerUnknown’s Battleground atau turut dikenali dengan nama PUBG merupakan permainan berbentuk Battle Royale – dimana seratus pemain akan diletakkan disuatu kepulauan, dan perlu menjadi pemain terakhir yang hidup dan memenangi permainan berkenaan.

Dengan perkembangan pesat permainan ini, apakah kita akan melihat ia terus mencatatkan lebih banyak rekod dalam tempoh dua bulan terakhir 2017 ini?

Sohor Kini