Informasi Permainan Video Terkini
Fishing Master – Permainan Realiti-Maya Memancing Di Playstation VR Bakal Tiba 24 Oktober Ini

Fishing Master – Permainan Realiti-Maya Memancing Di Playstation VR Bakal Tiba 24 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Selain permainan realiti-maya memancing Monster Of The Deep: Final Fantasy XV oleh Square-Enix, tampaknya pembangun permainan Snowball Games juga bakal melancarkan permainan memancing realiti-maya Fishing Master di Playstation VR pada 24 Oktober ini.

Bagi mereka yang berminat dengan memancing, anda pasti tidak akan lepaskan peluang untuk bermain permainan ini. Dengan sokongan Playstation Move, pemain berupaya untuk memancing secara realiti-maya. Pemain juga berupaya untuk menikmati pemandangan di Golden Gate Bridge di San Franscisco, Lake Geneva dan pelbagai lagi kawasan yang menarik sehingga 12 kawasan yang berbeza.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan ini, anda boleh memuat-turun demo permainan ini secara percuma melalui Playstation Store dengan akaun Region 1 sahaja. Anda boleh ke pautan kebawah untuk memuat-turun demo tersebut.

Demo Permainan : Fishing Master