Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Buat Permainan Summer Lesson: Chisato Shinjo

Bandai Namco Mempertontonkan Trailer Terbaru Buat Permainan Summer Lesson: Chisato Shinjo

Diterbitkan pada Okt 12, 2017 oleh .

Bandai Namco hari ini mempertontonkan trailer terbaru permainan Summer Lesson: Chisato Shinjo, iaitu permainan ketiga untuk siri permainan realiti-maya Summer Lesson dimana pemain berpeluang menjadi cikgu bagi gadis-gadis tersebut. Bermula dengan Hikari Miyamoto, Alisson Snow dan kini Chisato Shinjo.

Chisato Shinjo adalah anak perempuan jutawan dimana beliau mengupah cikgu, atau pemain untuk mengajarnya subjek pengetahuan am dan juga trend fashion. Bandai Namco juga mengumumkan pelbagai penambahan bagi permainan ini seperti mod Red Carpet Magic Hour, Cool Breeze Break Time, adegan tambahan Evening Youth Chapter dan Performance Chapter.

Bagi anda yang berminat dengan permainan realiti-maya Summer Lesson: Chisato Shinjo ini, anda boleh dapatkan di Playstation Store Jepun dengan harga ¥2980(~RM117). Walaubagaimana pun, bagi pasaran global, Bandai Namco masih lagi belum mengumumkan lagi. Untuk pelbagai lagi info berkenaan permainan ini, anda boleh membacanya disini.