Lanjutan daripada ura-ura berkenaan sistem lootbox yang berada di permainan Assassin’s Creed Origins, kini Ubisoft akhirnya berkongsi berkenaan perkara tersebut.

Heka Chest, iaitu kotak khas dimana pemain berupaya untuk membeli untuk mendapatkan kelengkapan dan senjata secara rawak di dalam permainan Assassin’s Creed Origins, hanyalah boleh dibeli dengan mata wang di dalam permainan tersebut sahaja.

Ashraf Ismail, pengarah bagi permainan Assassin’s Creed Origins menyatakan bahawa pemain berupaya untuk membeli kotak misteri ini untuk mendapatkan barangan secara rawak dengan hanyalah menggunakan mata-wang di dalam permainan sahaja. Beliau juga menyatakan mereka menyertakan pilihan ini kerana sesetengah pemain menyukai sistem ini dan sepanjang 2 tahun pengalaman mereka mencuba permainan tersebut, terdapat juga pemain yang memfokuskan permainan dengan mendapatkan wang sebanyak yang boleh dengan menjual dan membeli pelbagai barangan yang mereka memperoleh dengan kotak mister tersebut. Ia merupakan aspek RPG yang mereka ingin sertakan di dalam permainan tersebut.

Ashraf Ismail juga sempat berkongsi berkenaan kemaskini permainan Assassin’s Creed Origins yang akan tiba selepas ia dilancarkan bersama pas musim permainan tersebut.

Pernambahan DLC pek “The Curse of the Pharoahs” akan dilancarkan pada Mac 2018 dan ia akan memfokuskan mitos Mesir. Pemain akan bertempur dengan pelbagai musuh zombi dan raksasa. Musim pas pula akan menyertakan dua pek pernambahan DLC iaitu Roman Centurian dan pek Horus yang akan dilancarkan pada November ini. Ia akan disertakan bersama kostum, senjata, perisai dan pengankutan baru. Pas musim tersebut juga akan menyertakan senjata esklusif dan 500 kredit Helix.

Ubisoft juga merancang pelbagai pernambahan percuma yang akan dilancarkan selepas permainan ini dilancarkan, antaranya The Nomad’s Bazaar yang akan memberi misi harian buat pemain untuk lakukan dengan pelbagai ganjaran seperti senjata eksotik dan sebagainya. Mod foto juga akan disediakan secara terbina selepas permainan ini dilancarkan kelak.

Assassin’s Creed Origins akan dilancarkan pada 27 Oktober ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini