Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Assassin’s Creed: Origins Bakal Mempunyai Sistem LootBox
PC

(Ura-Ura) Assassin’s Creed: Origins Bakal Mempunyai Sistem LootBox

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

Sistem lootbox dan mikro-transaksi adalah tidak asing bagi permainan video sekarang. Terutamanya buat permainan percuma ataupun permainan multi-pemain. Walaubagaimana pun, permainan Assassin’s Creed: Origins yang bakal tiba penghujung bulan ini tampaknya bakal mempunyai sistem lootbox.

Seperti yang dipertontonkan oleh pengguna Youtube, Centerstrain01, Assassin’s Creed: Origins bakal mengandungi sistem lootbox yang dikenali sebagai Heka Chest.

Menurut video yang dipertontonkan tersebut, Heka Chest tersebut akan membantu pemain untuk mendapat kelengkapan yang kuat untuk pemain. Seperti barangan istimewa dan sebagainya secara rawak dengan setiap pembelian kotak tersebut. Pemain berupaya untuk membeli Heka Chest tersebut di kedai yang berhampiran di kawasan bandar.

Ketika artikel ini ditulis, Ubisoft masih lagi belum mengumumkan sebarang informasi berkenaan Heka Chest ini dan juga berkenaan sama ada Heka Chest tersebut hanyalah boleh dibeli dengan mata wang permainan ataupun dengan mata wang sebenar.

Walaupun sistem lootbox dan mikro-transaksi ini merupakan perkara biasa untuk permainan video sekarang, tetapi dengan adanya sistem tersebut di dalam bentuk permainan secara solo, ia mungkin akan kurang mendapat sambutan buat peminat.