Skip to main content

Menurut Katsuhiro Harada, pengarah dan penerbit permainan Tekken 7, beliau menyatakan di Twitter beliau bahawa permainan perlawanan Tekken 7 sudah terjual sebanyak 2 juta salinan setakat September yang lepas. Jumlah jualan tersebut termasuk jumlah jualan yang di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Ini merupakan suatu kejayaan yang besar kerana permainan tersebut hanyalah dilancarkan pada Jun yang lepas. Dibandingkan dengan permainan perlawanan Street Fighter V yang dilancarkan awal tahun lepas dan hanyalah terjual sebanyak 1.7 juta salinan setakat Julai yang lepas.

Tekken 7 adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Bandai Namco. Ia dilancarkan pada Mac tahun ini bagi arked dan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada Jun yang lepas. Sepanjang pelancaran permainan tersebut, Bandai Namco telah melancarkan pelbagai pernambahan DLC juga mod-mod permainan seperti mod bowling. Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini, anda boleh dapatkanya sekarang di mana-mana pengedar rasmi dan juga kedai-kedai atas-talian permainan.

Leave a Reply