Permainan penembak pandang pertama, Call Of Duty: Infinite Warfare yang dilancarkan tahun lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC, kini bakal mengadakan acara Halloween khas dimana pemain berupaya untuk mendapatkan pelbagai barangan bertemakan Halloween secara khas ketika acara ini sahaja.

Bertamakan Willard Wyler’s Halloween Scream, Activision bersama Infinity Ward mengumumkan kemaskini ini bakal tiba secara percuma buat semua pemain yang memilik permainan Call Of Duty: Infinite Warfare. Acara ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 1 November.

Selain itu, Activision juga berkongsi berkenaan Supply Drop bertemakan Halloween dimana pemain berupaya untuk mendapatkannya secara percuma setiap minggu. Setiap jumaat, pemain akan mendapat barangan kosmetik bertemakan Halloween bersama barangan terakhir pada 30 Oktober. Antara barangan yang bakal disertakan adalah barangan kostum RIG zombie.

Bermula 13 Oktober juga, pemain berupaya untuk bertempur dengan musuh utama yang bakal tiba untuk mod permainan zombi bagi permainan Call Of Duty: Infinite Warfare. Ia bakal bermula di Zombies In Spaceland dan berlangsung ke bahagian-bahagian seterusnya sehingga kawasan The Beast From Beyond. Pemain perlu mempunyai pernambahan DLC tersebut mengikut kawasan jika mereka ingin bermain di kawasan tersebut.

Sementara itu bagi mereka yang berminat untuk bertempur di dalam Gesture Warfare, kini mod tersebut kembali sempena Halloween dimana pemain berupaya untuk mengguna isyarat untuk menghapuskan dan memalukan musuh.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai barangan bertemakan Halloween buat permainan Call Of Duty Infinite Warfare bermula hari ini.

Sohor Kini