Permainan aksi 2D platformer The Mummy Demastered akan dilancarkan pada 24 Oktober ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Pembangun permainan tersebut, WayForward terkenal siri permainan mereka, Shantae menyatakan bahawa permainan The Mummy Demastered mengambil inspirasi daripada permainan klasik 16bit, dimana pemain akan bermain sebagai ejen elit untuk memburu makhluk danr aksasa dari organisasi Prodigium. Pemain berupaya untuk menggunakan pelbagai senjata dan menaik-taraf pelbagai kelengkapan sambil menyelesaikan misteri dan mengalahkan musuh.
Bagi anda yang berminat dengan permainan aksi 2D Platformer, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini pada 24 Oktober kelak.