Informasi Permainan Video Terkini
Demo Permainan Gran Turismo Sport Boleh Dimuat-Turun Sekarang Di Playstation 4

Demo Permainan Gran Turismo Sport Boleh Dimuat-Turun Sekarang Di Playstation 4

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumumkan Sony berkenaan demo Gran Turismo Sport, anda kini boleh memuat-turun demo tersebut sekarang di Playstation Store dan mula bermain pada 3 petang hari ini. Demo permainan Gran Turismo Sport tersebut bermula hari ini sehingga 12 Oktober.

Untuk memuat-turun demo tersebut, anda boleh melayari laman Playstation Store dibawah dan memuat-turunnya. Saiz demo permainan tersebut adalah 43GB dan anda hanya boleh mula bermain pada jam 3 petang hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba permainan Gran Turismo Sport sekarang.

Muat-Turun : Demo Gran Turismo Sport