Informasi Permainan Video Terkini
Demo Untuk Gran Turismo Sport Bakal Ditawarkan Pada 9 Hingga 12 Oktober Ini

Demo Untuk Gran Turismo Sport Bakal Ditawarkan Pada 9 Hingga 12 Oktober Ini

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Bagi anda yang tidak sabar untuk mencuba permainan Gran Turismo Sport yang bakal dilancarkan 17 Oktober ini, Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bermula 9 Oktober sehingga 12 Oktober, anda boleh mencuba Gran Turismo Sport secara percuma dengan tempoh masa terhad.

Demo bagi permainan Gran Turismo Sport tersebut bakal mengandungi Campaign mode, Sport Mode, Arcade Mode, Scapes dan juga Livery Editor. Anda juga berpeluang untuk membawa segala kemajuan seperti kredit permainan sehingga 1 juta kredit yang telah anda dapatkan ketika bermain demo tersebut ke permainan asal apabila ia dilancarkan kelak pada 17 Oktober.

Pemain boleh memuat-turun demo Gran Turismo Sport tersebut di Playstation Store bermula jam 11 pagi pada 9 Oktober 2017 dan bermain bermula jam 3 petang sehingga jam 11 malam pada 12 oktober.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Gran Turismo Sport ini minggu hadapan.