Informasi Permainan Video Terkini
Star Wars Battlefront 2 Beta Terbuka Untuk Pengguna Boleh Diakses Sekarang
PC

Star Wars Battlefront 2 Beta Terbuka Untuk Pengguna Boleh Diakses Sekarang

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Star Wars Battlefront 2 terbaru oleh EA dan DICE, kini anda boleh mencubanya sekarang dengan memuat-turun Beta terbuka permainan tersebut di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Beta permainan Star Wars Battlefront 2 ini mengandungi mod permainan Galatic Assault dimana ia akan menempatkan pemain di Naboo. Pemain akan mempertahankan Naboo sebagai Clone Troopers ataupun menyerangnya sebagai Separatist. Ia bakal mengandungi empat kelas askar, kenderaan dan sebagainya.

Selain itu, EA juga menyertakan mod Arcade dan juga mod Strike. Setiap mod permainan mempunyai ujian harian yang berbeza yang bakal memberi ganjaran kepada pemain jika mereka membeli permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba beta terbuka ini, anda boleh melayari laman dibawah untuk memuat-turun beta tersebut bagi konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Muat-turun : Beta Terbuka Star Wars Battlefront 2 Origin

Muat-turun : Beta Terbuka Star Wars Battlefront 2 PSN

Muat-turun : Beta Terbuka Star Wars Battlefront 2 Xbox One