Tampaknya Capcom bakal melancarkan permainana Street Fighter V: Arcade Edition pada Januari depan. Senarai permainan tersebut tertiris di laman kedai atas-talian Amazon yang menyenaraikan permainan tersebut bakal dilancarkan pada 16 Januari 2018.
Menurut keterangan di senarai permainan tersebut, Street Fighter V: Arcade Edition tidak akan memisahkan pemain antara versi yang berlainan dan masih lagi menyokong cross-platform play antara Playstation 4 dan PC. Pemain juga boleh mendapatkan watak-watak DLC tambahan dengan membeli dengan nilai mata wang permainan, Fight Money dengan melakukan ujian dan mendapatkannya ketika bermain seperti Street Fighter V yang asalnya.
Walaubagaimana pun, Street Fighter V: Arcade Edition ini bakal menyertakan beberapa fungsi baru seperti Arcade Mode dimana pemain berupaya untuk memilih enam jalan tema yang berbeza berdasarkan permainan klasik Street Fighter. Ia juga disertakan mod galeri dimana pemain boleh mendapatkan pelbagai ilustrasi permainan tersebut.
Terdapat juga ujian baru iaitu Extra Battle dan paparan antara-muka yang baru. Manakala setiap watak-watak di dalam permainan tersebut juga bakal mendapat teknik V-Triggers sekaligus memberi bentuk perlawanan yang lebih mendalam.
Ketika artikel ini ditulis, Capcom masih belum lagi mengumumkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition ini secara rasmi lagi dan mereka juga mungkin akan membuat sebarang perubahan. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita tersebut kelak.