Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Mencapai 7 Juta Pemain – Epic Games Menyertakan Kemaskini Terbaru Bersama
PC

Fortnite Mencapai 7 Juta Pemain – Epic Games Menyertakan Kemaskini Terbaru Bersama

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Epic Games hari ini mengumumkan bahawa permainan Fortnite mereka kini dimainkan oleh sebanyak 7 juta jumlah pemain. Fortnite dilancarkan pada 25 Julai lepas dan pada minggu lepas, Epic Games melancarkan mod terbaru Fortnite Battle Royale bermula 26 September lepas dimana ia boleh dimainkan secara percuma.

Sempena pencapaian mereka itu juga, Epic Games mengemaskini permainan tersebut dengan pernambahan mod multi-pemain secara berdua pemain dan juga fungsi Supply Drops di Fortnite Battle Royale. Mod multi-pemain berdua memberi peluang untuk pemain untuk bermain permainan tersebut secara berkumpulan bersama rakan. Manakala fungsi Supply Drops adalah bekalan senjata dan kelengkapan yang akan dijatuhkan di kawasan permainan secara rawak dimana pemain perlu berebut untuk mendapatkan kelengkapan tersebut.

Permainan Fortnite Battle Royale ini mengambil inspirasi daripada populariti PUBG. Melaluinya, seramai sekitar 100 orang pemain akan dijatuhkan di suatu lokasi, dan mereka perlu bersaing dengan yang lain untuk menjadi pemain paling akhir di medan berkenaan. Seperti PUBG, kawasan permainan akan terus mengecil dari masa ke semasa.

Bagi anda yang ingin mencuba alternatif untuk PUBG, dan inginkan sebuah permainan percuma untuk dimainkan, mungkin boleh mencuba Fortnite Battle Royale ini.