Skip to main content

Sempena Tokyo Game Show 2017 minggu lepas, Capcom mengumumkan watak terbaru buat permainan perlawanan Marvel VS Capcom: Infinite bakal tiba iaitu watak dari siri permainan Monster Hunter. Pemburu raksasa dari Val Habar ini bakal tiba secara DLC pernambahan jika anda membeli pas musim watak untuk permainan tersebut.

Watak tersebut bakal bertempur dengan pelbagai jenis senjata dari siri permaina Monster Hunter termasuklah panah, pedang berkembar dan pedang besar. Beliau juga boleh menaikkan kuasanya dengan serangan kombinasi Tartarus Stampede dan Demolisher Demon Dance.

Anda boleh mendapatkan watak Monster Hunter ini dengan membeli pas musim watak. Tambahan juga pas musim tersebut bakal disertakan bersama watak Sigma, Black Panther, Winter Soldier, Venom dan Black Widow apabila watak tersebut boleh didapati kelak.

Marvel VS Capcom: Infinite dilancarkan pada 19 September lepas untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply