Skip to main content

Permainan perlawanan Injustice 2 yang dibangunkan oleh NetherRealms Studio, bulan lepas mengumumkan tiga watak terbaru yang tiba di permainan tersebut. Kini, mereka mengumumkan Atom bakal tiba di permainan tersebut sebagai watak pernambahan DLC yang terbaru.

Atom atau dikenali sebagai Ryan Choi adalah adiwira yang berupaya untuk mengecilkan dan membesarkan badannya untuk bertempur dengna musuh. Seperti yang dipertayangkan di trailer di atas, Atom berupaya untuk membuat pelbagai kombinasi serangan dengan mengecil dan juga membesarkan badannya ketika pertempuran.

NetherRealms Studio masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran bagi watak tersebut, dan watak Atom ini mungkin merupakan acah untuk DLC Fighter Pack yang seterusnya buat permainan Injustice 2. Seperti biasa kami di Aksiz akan mengemaskini berita ini setelah ia dilancarkan kelak.

Leave a Reply