Permainan perlawanan Injustice 2 yang dibangunkan oleh NetherRealms Studio, kini mengumumkan tiga watak terbaru bakal tiba ke Injustice 2.

Tiga watak tersebut adalah Hellboy iaitu watak dari siri komik Dark Horse Comics, Black Manta dari siri komik Aquaman dan juga Raiden iaitu watak dari siri permainan Mortal Kombat. Watak-watak ini bakal disertakan bagi pemain yang membeli penambahan Fighter Pack 2 dan juga edisi Ultimate permainan tersebut. Pemain juga boleh membeli watak tersebut secara berasingan di kedai atas-talian didalam konsol-konsol permainan.

Sohor Kini