Edisi Terhad Pokemon Ultra Sun & Ultra Moon Diumumkan

Nintendo baru sahaja mengumumkan edisi terhad untuk permainan Pokemon terbaru yang bakal dilancarkan pada 17 November ini.

Edisi terhad permainan Pokemon Ultra Sun dan Ultra Moon ini akan menyertakan kedua-dua permainan dan Steelcase bersama kod muat-turun untuk 50 potion iaitu barangan dalam permainan. Harga untuk edisi terhad ini masih lagi belum diumumkan oleh Nintendo.

Bagi yang tidak ingin membeli kedua-dua permainan Pokemon tersebut, dan hanya ingin mendapatkan satu sahaja permainan Pokemon Ultra Sun atau Ultra Moon, anda masih boleh dapatkan edisi peminat yang disertakan turut hadir bersama dengan Steelcase untuk Pokemon Ultra Sun atau Ultra Moon berharga $39.99(~RM172). Tetapi kod muat-turun potion tidak disertakan.

Sohor Kini