Skip to main content

Dying Light merupakan permainan aksi penembak pandang pertama yang memfokuskan dunia terbuka dengan pertempuran dengan zombi. Ia dibangunkan oleh Techland dan diterbitkan oleh Warner Bros Interactive Entertainment. Pada Julai yang lepas, pembangun permainan ini juga menyatakan mereka bakal mengemaskini pernambahan bagi permainan ini secara percuma sepanjang tahun ini.

Kini, sempena promosi pertengahan minggu, anda boleh mendapatkan permainan ini dengan harga hanyalah RM59.50 berbanding harga asalnya RM119 di Steam bermula hari ini sehinggalah 7 Oktober. Anda juga boleh mendapatkan edisi Enhanced bagi permainan tersebut dengan harga RM75.60. Anda juga boleh mendapatkan pernambahan seperti pas musim dengan harga hanyalah RM39.60.

Anda boleh melayari laman Steam dibawah untuk membeli permainan yang ditawarkan khas untuk minggu ini sahaja di Steam.

[info] Promosi Tengah Minggu Steam : Dying Light [/info]

Leave a Reply