Informasi Permainan Video Terkini
Mod Multi-Pemain Bagi Permainan Klasik Star Wars Battlefront 2 Kini Kembali
PC

Mod Multi-Pemain Bagi Permainan Klasik Star Wars Battlefront 2 Kini Kembali

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Menjelang pelancaran permainan Star Wars Battlefront 2 oleh EA pada 2 November ini, permainan klasik Star Wars Battlefront 2 yang dilancarkan pada 2005 lepas kini kembali dengan mod multi-pemain.

Star Wars Battlefront 2 dilancarkan pada tahun 2005 lepas dengan sokongon multi-pemain sehingga 64 pemain. Kini, Disney akhirnya kembalikan mod tersebut tambahan bagi mereka yang membeli permainan ini di Steam mahupun GOG, permainan ini menyokong crossplay dikedua-dua platform tersebut.

Bagi anda yang masih belum mempunyai permainan tersebut, anda boleh dapatkannya di Steam sekarang dengan harga RM23.

Beli : Star Wars Battlefront 2 (Classic)