Di laman rasmi Twitter Playstation Europe, mereka menyatakan bahawa sempena Paris Games Week yang bakal berlangsung 31 Oktober ini, mereka bakal mengumumkan sesuatu permainan utama ketika acara tersebut.

Bagi anda yang ingin mengikutinya, boleh mengikuti sidang media khas Paris Games Week pada 31 Oktober ini sekitar pukul 12 pagi pada waktu tempatan. Buat masa ini, Sony masih lagi belum mengumumkan isian yang bakal mereka persembahkan. Mungkin kita akan berpeluang melihat beberapa permainan baru dan kemaskini buat permainan seperti Death Stranding, Spider-man dan juga Days Gone.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan membawa informasi lebih lanjut mengenai sidang media ini menjelang acara tersebut.

Sohor Kini