Bagi mereka yang tidak sabar untuk bermain permainan Stardew Valley di Nintendo Switch, anda berpeluang untuk bermainnya minggu ini kerana Chucklefish Games bersama ConcernedApe mengumumkan permainan tersebut bakal tiba di Nintendo Switch pada 5 Oktober ini.
Chucklefish Games CEO Finn Brice, juga memuat-naik ikon gambar permainan tersebut di Twitter sekaligus memastikan permainan tersebut boleh dimainkan di Nintendo Switch.
https://twitter.com/Tiyuri/status/914901271982825475
Stardew Valley akan dilancarkan di Nintendo Switch dengan harga $14.99(~RM64) bermula 5 Oktober ini. Permainan tersebut sudahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2016 yang lepas.