Bagi anda yang berminat dengan permainan platformer dan ingin mencuba sesuatu yang baru, permainan Cuphead kini dilancarkan di Xbox One dan PC. Ia dibangunkan oleh StudioMDHR Entertainment dan mempunyai gaya seni yang bertemakan seakan kartun klasik Disney pada 30an.
Setelah beberapa kali ditangguhkan, permainan ini akhirnya dilancarkan pada 29 September lepas. Cuphead merupakan permainan platformer yang memfokuskan penembakkan dimana pemain akan bermain dan meneroka kawasan secara berterusan dengan pelbagai musuh utama yang pemain perlu kalahkan. Pemain juga berupaya untuk membuat beberapa teknik pertempuran seperti mengelak dari sengaran musuh dan juga mengumpul kuasa untuk membuat serangan akhir. Permainan ini juga mempunyai mod multi-pemain sebanyak dua pemain secara koperatif dan pemain tambahan akan bermain sebagai Mugman.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permaina ini, anda boleh dapatkannya di Steam dengan harga RM38 atau di Xbox One dengan harga $19.99(~RM85).
[info] Beli – Cuphead Steam [/info] [info] Beli – Cuphead Xbox One [/info]